Lokasi penggambaran di sekitar kawasan Istana Lama Johor Bahru. Ketika penggambaran, banyak kelibat jurugambar cina berbanding orang kita. Kami beri tumpuan kepada pakaian pengantin perempuan, jadi cuma 2 orang terlibat:- model dan seorang jurugambar wanita (umie).
Kami didatangi oleh jurugambar cina bertanyakan mana pengantin lelaki, kerana rata2 pengantin yg mengadakan penggambaran berpasangan. Model kami dengan selamba beritahu, pengantin lelaki sibuk kerja.... Jurugambar itu cuma tersenyum sebelum beredar.
Sekelilng kawasan ini mmg sesuai utk penggambaran pakaian perkahwinan khasnya gaun pengantin. Pemilihan model juga sesuai dgn gaun kami kerana beliau berwajah pan-asian.
Mungkin selepas ini diharap ramai la jurugambar memilih lokasi ini utk penggambaran pengantin mereka....
Sambil tengok gaun, tengok lokasi sekali.......